Malaysian Psychiatric Association - click for home
Malaysian Psychiatric Association
    About Us | Join Us | Contact Us
Search: 
 
  Home »  President's Message »
 
» About MPA
» President's Message
» In the Press
» Misconceptions
» Mental Health
» Mental Disorders
» Children & Adolescent
» Support & Caring
» Circle of Care
» Upcoming Events
» Early Career Psychiatrist
» Private Psychiatrists
» List of Hospitals
» FAQ
» Interactive Corner
» Newsletters & Bulletins
» Glossary
» Web Resources & Contacts
» Conferences
» Women MH Chapter
» International Society for Bipolar Disorder
» Gallery
» News & Updates
» MPA e-Newsletters
» Materials for Patients
» Announcements
» CPG & Other Guidelines
» MPA Educational Grant
» Advertisements
» Home

 
arrow President's Message

President's Message 31 August 2007: Nasihat presiden kepada bakal presiden persatuan MPA

Date: 31 August 2007

Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan yang berterusan yang ditunjukkan oleh anda semua kepada saya. Untuk pengetahuan sekelian saya akan melepaskan jawatan ini pada bulam March 2008. Oleh itu saya ingin tujukan tulisan ini kepada bakal bakal presiden yang akan menjadi penerus untuk menjadikan perkhidmatan psikiatri sebagai perkhidmatan tujuh bintang.

Bersempena dengan sambutan ke lima puluh tahun kemerdekaan saya sebagai warga Malaysia yang bertuah kerana dapat mengecapi kenikmatan hidup yang terbaik ingin mengucapkan jutaan terima kasih saya kepada kelima lima Perdana Menteri Malaysia yang dengan kebijaksanaan mereka telah menjadikan Negara ini sebuah Negara yang aman , damai dan terus maju. Saya sebagai professor di Universiti Malaya tidak ketinggalan dalam mengikut segala perkembangan yang berlaku dan dalam masa yang sama cuba menganalisa bagaimana ketokohan kelima lima Perdana Menteri kita dapat menjelmakan satu budaya kepimpinan yang dimimpikan oleh setiap rakyat. Analisa saya menunjukkan lima prinsip kepimpinan yang begitu berjaya ini adalah didasari oleh perkara perkara berikut 1) kebijaksanaan 2) bersikap terbuka untuk perubahan agar setiap tindak tanduk kepimpinan senantiasa relevan 3) kepimpinan yang tidak bertujuan untuk kepentingan diri sendiri 4) optimis dan berdisiplin dalam melaksanakan sesuatu projek 5) senantiasa berpandukan agama agar mendapat rahmat dari Allah.

Saya telah meggunakan prinsip yang sama dalam menerajui jabatan dan sebagai presiden persatuan MPA. Apa yang saya dapati ialah keputusan nya amat memberangsangkan. Contohnya saya telah dapat menukar jabatan saya yang sebelumnya merupakan jabatan yang mundur dan hampir tidak menjanjikan apa apa kepada penghuninya kepada sebuah jabatan yang cemerlang dari segi menjana pemikiran, penyelidikan dan juga perkhidmatan kepada pelanggan. Jika pada sebelumnya mereka yang berkhidmat senantiasa merasa tidak selesa dan mahu cabut lari tetapi selepas saya menjadi ketua maka jabatan ini telah menjadi aman damai dan ramai cendikiawan sama ada di dalam atau di luar Negara yang kepingin untuk menjadi warga kepada jabatan ini. Contohnya hampir setiap bulan saya didatangi oleh permohonan dari pakar pakar luar Negara yang ingin bekerja di jabatan saya.

Begitulah halnya dengan apa yang saya lakukan apabila saya diminta untuk menerajui pucuk kepimpinan sebagai presiden MPA. Prinsip yang saya gunakan adalah merupakan resipi kepimpinan yang saya belajar dari kelima lima Perdana Menteri kita. Alhamdullilah ia begitu berjaya dalam mencapai cita cita murni warganya iaitu untuk menjadikan MPA sebagai top notch psychiatry association. Tujuannya ialah untuk setiap warganya menyumbang dalam melaksanakan agenda perkhidmatan tujuh bintang kepada pesakit dan keluarga mereka. Saya mula melihat sinar dari kejayaan ini. Misalnya kepimpinan ini telah menyebabkan ahli ahli yang dulunya menyampah untuk berkecimpung dan mengambil jalan keluar dari persatuan ini tetapi sekarang memohon untuk aktif semula.

Kejayaan yang saya dan ahli jawatan kuasa MPA lainnya telah menyebabkan ada ura-ura untuk menukar konstitusi persatuan supaya saya menjadi Presiden seumur hidup di MPA. Ia bukanlah tujuan saya dalam mempamerkan kejayaan yang saya kecapi dalam memimpin persatuan ini. Saya berpendapat sebagai presiden atau ketua jabatan berperanan sebagai pembuluh atau saluran agar memudahkan bakal bakal presiden serta para ahlinya untuk menjadikan persatuan ini sebagai penerus dalam mencapai misi utama kita iaitu memberi perkhidmatan tujuh bintang dan menjadikan Malaysia sebagai center of excellence dalam R & D (bidang psikiatri). Saya yakin ada ramai antara ahli persatuan ini yang mempunyai bakat terpendam untuk mejadi presiden bagi menggantikan tempat saya. Harapan saya presiden yang bakal menggantikan tempat saya pada bulan March depan akan terus menghayati kelima lima prinsip dan ramuan dari kelima lima Perdana Menteri kita yang kita sayangi dan hargai. Saya juga berharap bakal presiden yang dipilih nanti bukanlah mereka yang gila pangkat atau dalam bahasa medikalnya dipanggil sebagai mengalami sindrom “promotional neurosis” yang hanya menggunakan persatuan untuk tujuan kepentingan peribadi, hipokrit dan kecut……. Saya juga berharap bakal presiden yang akan dipilih nanti bukanlah dari mereka yang bencikan kebaikan dan bencikan perubahan atau change.

Bersempena dengan hari kemerdekaan ini saya juga ingin bersama ahli-ahli MPA dalam melaungkan slogan MERDEKA (dari wad psikiatri berpagar besi kepada wad pskiatri yang berciri moden) MERDEKA (dari memberi hanya air jampi untuk merawat pesakit mental kepada ubat serta rawatan terkini) MERDEKA (dari belenggu dosa kemalasan untuk cabaran perubahan kepada minda yang menerajui perubahan). Insyaallah dan semoga doa kita semua untuk menjadikan perkhimatan psikiatri di Malaysia sebagai perkhidmatan tujuh bintang di rahmati Allah.

Professor Dr Mohamad Hussain Habil
President of Malaysian Psychiatric Association


  printer Printer-friendly version   printer Send link to a friend

 
 
| | | |
©Copyright Malaysian Psychiatric Association   2006 - 2011    All rights reserved.
designed & maintained: mobition