Malaysian Psychiatric Association - click for home
Malaysian Psychiatric Association
    About Us | Join Us | Contact Us
Search: 
 
  Home »  Circle of Care »
 
» About MPA
» President's Message
» In the Press
» Misconceptions
» Mental Health
» Mental Disorders
» Children & Adolescent
» Support & Caring
» Circle of Care
» COC Guidelines
» Upcoming Events
» Early Career Psychiatrist
» Private Psychiatrists
» List of Hospitals
» FAQ
» Interactive Corner
» Newsletters & Bulletins
» Glossary
» Web Resources & Contacts
» Conferences
» Women MH Chapter
» International Society for Bipolar Disorder
» Gallery
» News & Updates
» MPA e-Newsletters
» Materials for Patients
» Announcements
» CPG & Other Guidelines
» MPA Educational Grant
» Advertisements
» Home

 
arrow Circle of Care

COC Report: Flower Nursery

Date: 13 November 2007

Pusat Pemulihan Psikososial (PSR) Pasir Mas telah ditubuhkan pada Jun 2005. Kini setelah lebih setahun bergerak, jumlah peserta untuk pemulihan adalah seramai 24 orang terdiri dari 6 orang perempuan dan selebihnya adalah peserta lelaki. Antara terapi yang dijalankan di Pusat Pemulihan Psikososial Pasir Mas adalah seperti Terapi Sosial, Terapi Rekreasi, Terapi Seni, Terapi Kerja, Terapi Domestik, Activity Daily Living dan aktiviti-aktiviti lain. Antara lain tujuan terapi-terapi ini adalah bagi mewujudkan kesedaran di kalangan peserta bahawa aktiviti-aktiviti sebegitu perlu dipraktikkan dalam kehidupan mereka sehari-hari. Peserta dilatih agar dapat bergiat aktif seperti orang lain pada kadar yang optimum mengikut kemampuan mereka dari masa ke semasa. Selain aktiviti yang dinyatakan , Pusat Pemulihan Psikososial Pasir Mas juga memikirkan bahawa adalah perlu mewujudkan satu projek yang boleh dilaksanakan oleh para peserta secara tidak langsung ianya dapat menjana pendapatan kepada mereka sendiri. Perkara ini difikirkan perlu kerana sebahagian besar dari kalangan peserta pemulihan terdiri dari mereka yang rendah tahap sosio ekonominya. Setelah diadakan perbincangan bersama pegawaipegawai yang berkaitan, maka PSR Pasir Mas memutuskan untuk melaksanakan Projek Nurseri Bunga bersebelahan bangunan Pusat Pemulihan.

Projek Nurseri Bunga PSR Pasir Mas telah mendapat peruntukan kewangan dari Malaysian Psychiatric Association (MPA) sebanyak RM 5000 yang telah disalurkan menerusi Kelab Minda Kelantan pada 24 Februari 2006. Namun begitu wang tersebut hanya dapat ditunaikan setelah Kelab Minda Kelantan diluluskan pertubuhannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan pada bulan Ogos 2006. Kami amat berterima kasih yang tidak terhingga kepada MPA kerana telah memberi sokongan padu terhadap perjalanan kelas pemulihan di Pasir Mas. Dengan adanya bantuan ini, telah menyuntik semangat kepada kami untuk melaksanakan projek khusus untuk golongan yang tidak bernasib baik ini, apatah lagi sebelum ini kami amat sukar untuk menjalankan aktiviti berikutan keupayaan kewangan yang amat terhad. Kami amat berharap agar pihak MPA terus memberi bantuan kerana dengan bantuan tersebut ianya telah membuka ruang yang lebih luas kepada kami untuk melakukan aktiviti.


Sila muat turun laporan lengkap berikut...

  arrowFlower Nursery.pdf (English - pdf) [66 Kb]



  printer Printer-friendly version   printer Send link to a friend

 
 
| | | |
©Copyright Malaysian Psychiatric Association   2006 - 2011    All rights reserved.
designed & maintained: mobition